Sunday, 21 December 2014

Majlis Bacaan Yaasin Bersama Haji Talib , Tuan Guru Zuri Dan Juga Anak2 Taffiz AL NAIM Kuala ketil






Kaunter Amal Tabung Kebajikan

KAUNTER AMAL JARIAH adalah sebahagian dari Program yang diujudkan diTERATAK NUHAIRI dengan mengumpulkan bahan-bahan kampung seperti ulam2an dsbnya yang disumbangkan oleh waris serta masyarakat setempat utk disedekahkah kepada warga KO-PAKSI KULIM yg datang mengikuti Kuliah Mingguan setiap jumaat di Dewan MPKK.



Wednesday, 17 December 2014

Kelas asas Fardhu Ain anak-anak asnaf

Kelas ini didorong oleh Ustaz2 & Ustazah2 yang berpengalaman.Tenaga pengajar juga tidak mengambil bayaran atas perkhidmatan mereka.Ustaz2 & Ustazah2 ini berjiwa kebajikan.Alamdulillah dengan hadirnya tenaga pengajar ini sangat memberi manfaat kepada anak-anak asnaf.




         Fokus Pendidikan di TERATAK NUHARI berpegang kepada kata-kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata” dan seiring dengan kata-kata para sahabat :- Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka bukan hidup di zaman kamu..
Mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus
 dan pemikiran yang kreatif.





Sumbangan Hari Raya daripada Muslim Care & Nisa' Kedah


Atas usaha DR NAZIL NUHAIRI ISMAIL mendapatkan penaja-penaja bagi membantu anak-anak asnaf yang menghuni di Teratak Nuhairi dan menyertai program pemulihan rohani. Alhamdulillah dengan bantuan ini dan rahmat dari Allah SWT anak-anak asnaf dapat meraikan Hari Raya yang mulia dengan meriah,juga dapat meringan beban ibu bapa mereka.
TERIMA KASIH kepada Muslim Care & Nisa' Kedah...
TERATAK NUHAIRI alu-alukan sesiapa sahaja yang ingin memberi bantuan..
Inshaallah kita sama-sama menjaga amalan kebajikan..
AMIN!!!!


Hari Raya Tahun 2014

Tuesday, 16 December 2014


PENGENALAN
           
            Kelas ini telah diwujudkan pada 4 Disember 2013, hasil cetusan idea Saudari IZZATUL HIDAYAH BINTI JALALUDDIN dan mendapat sokongan penuh serta keluarga dan juga Pemilik Tanah iaitu DR. NAZIL NUHAIRI BIN ISMAIL yang mengizinkan sebuah TERATAK beratap rumbia didirikan bagi tujuan tersebut sebagai memenuhi masa yang terluang ketika cuti sekolah.
         
          Atas kesedaran sebagai seorang pelajar yang mendalami ilmu agama ISLAM serta melihat keadaan anak-anak masyarakat setempat yang terbelenggu dengan kadar BUTA AL QURAN yang tinggi. Dengan permulaan 2 pelajar yang terdiri dari anak-anak kawan.
Sehingga saat tulisan ini ALHAMDULILLAH jumlah penyertaan telah direkodkan seramai 33 orang iaitu 12 Perempuan 22 Lelaki.

       Setiap anak dilahirkan berbekalkan  potensi  membesar dengan sempurna dari segi fizikal , kesihatan , kecerdasan akal , akhlak dan imannya . Proses ini berkembang secara bertahap - tahap . Ia mudah disempurnakan perkembangannya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar dan sempurna selaras dengan mutu Fitrahnya. Anak-anak dilahirkan cemerlang dan mempunyai potensi serta kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh.Pendidikan informal persekitaran terutama oleh ibu bapa mewarnai pembawaan pembesaran anak-anak ini. seperti sabda Nabi SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”